Apple Mempatenkan Kerangka Pelindung Dengan Butang Yang Lebih Taktil

Apple Mempatenkan Kerangka Pelindung Dengan Butang Yang Lebih Taktil

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Kerangka pelindung dari Apple untuk iPhone boleh dikatakan adalah satu aksesori yang premium dan harganya agak mahal. Tetapi, kualitinya agak menakjubkan. Kerangka kulit yang pernah saya cuba, mempunyai sentuhan yang unik, selesa dipegang dan sesuai untuk kelasnya. Tetapi, kerangka ini mempunyai satu kekurangan – di mana butang kuasa dan butang suara kurang taktil apabila diklik.

Untuk mengatasi masalah ini, Apple telah mempatenkan satu kerangka baru dengan meletakkan magnet di bahagian butang-butang agar ia lebih taktil. Jadi, melalui kerangka ini – perasaan apabila menekan butang pada iPhone dengan kerangka adalah sama seakan menekan butang-butang tersebut tanpa kerangka.

Mengejutkan, Apple sudah pun memfailkan paten ini sejak tahun 2017 lagi. Tetapi sehingga hari ini, produk ini masih tidak kelihatan. Agak menarik jika Apple mula perkenalkan kerangka seperti ini. Kini, aksesori rasmi Apple bukan sahaja premium dan mahal begitu sahaja – tetapi mempunyai ciri khas yang unik dan akan terasa lebih berbaloi untuk dimiliki.


TIPS & ULASAN