Cari @ Amanz

Redbeat Ventures, anak syarikat AirAsia yang memfokuskan pelaburan digital kini telah menyertai pelaburan pada syarikat permesejan perusahaan berpusat di Thailand, iaitu Eko Communications.

Eko menawarkan perkhidmatan permesejan yang ditujukan untuk syarikat dan organisasi, dan digunakan oleh sejumlah syarikat. Di Malaysia, Telekom Malaysia turut menggunakan perkhidmatan Eko ini untuk komunikasi dalam organisasi mereka.

Eko Communications

Melalui Eko, ia bukan sahaja membolehkan berkomunikasi seperti aplikasi permesejan lain, tetapi ia juga mengintegrasikan sokongan membuat tugasan, menetapkan tarikh akhir sesuatu tugasan, menerima pengesahan pihak berkuasa, dan sebagainya.

Ia tidak diketahui berapakah nilai pelaburan yang dilakukan pihak AirAsia pada syarikat permesejan ini. Buat masa ini, untuk tujuan komunikasi syarikat AirAsia, mereka dilihat masih menggunakan Facebook Workplace.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd