Relax We Post Menawarkan Perkhidmatan Memuat Naik Gambar Ke Akaun Instagram Ketika Anda Bercuti

Relax We Post Menawarkan Perkhidmatan Memuat Naik Gambar Ke Akaun Instagram Ketika Anda Bercuti

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Media sosial sebenarnya lebih banyak merosakkan pengalaman bercuti. Ia sepatutnya dihabiskan untuk berehat bukan menghabiskan puluhan minit mencari sudut terbaik swafoto untuk dimuat naik ke Instagram. Sekiranya anda ingin bercuti tetapi masih mengemaskini akaun media sosial, perkhidmatan Relax We Post ditawarkan di rangkaian Ibis Hotel.

Tetamu hotel boleh menempah perkhidmatan penjaga akaun Instagram di 17 cawangan hotel yang terletak di Zurich dan Geneva. Ia akan ditawarkan percuma sehingga 3 Disember ini. Relax We Post akan memuat naik gambar, menulis kapsyen dan turut membalas komen yang ditinggalkan pengikut akaun sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi mereka yang mempunyai ketagihan kronik Instagram ketika bercuti, ini ialah perkhidmatan yang unik.


TIPS & ULASAN