Xiaomi Hadir Dengan Mi Calculator – Sebuah Kalkulator Asas Dengan Rekaan Minimal

Xiaomi Hadir Dengan Mi Calculator – Sebuah Kalkulator Asas Dengan Rekaan Minimal

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Xiaomi dan produk-produk bukan gajet berpisah tiada. Semakin hari, semakin banyak produk bukan gajet yang Xiaomi perkenalkan. Tetapi, kebanyakan produk-produk ini – bukanlah dihasilkan oleh Xiaomi sepenuhnya, tetapi adalah hasil kerjasama antara syarikat lain atau sub-syarikat dan dijual melalui laman biayasama Youpin, TMall atau juga laman web Xiaomi sendiri.

Terkini, Xiaomi hadir dengan Mi Calculator. Ia adalah sebuah kalkulator asas hasil kerjasama dengan MIIW. Kalkulator ini direka dengan rekaan yang nipis dan juga kelihatan minimalistik. Ia adalah untuk pelajar atau pekerja pejabat yang fokus kepada fesyen dan penampilan. Kalkulator ini pula hadir dengan satu bonggol dengan sudut 6 darjah – jadi ia memudahkan pengguna.

Bonggol ini pula adalah lokasi bateri kalkulator ini dan ia menggunakan bateri AAA. Kebanyakan kalkulator seperti ini, menggunakan bateri bulat yang kadangkala sukar untuk dicari. Paparan kalkulator ini pula mampu memaparkan 12 digit, jadi membuat kiraan sehingga belasan bilion adalah mudah.

Mi Calculator ini diperbuat daripada plastik ABS (Acrylonitrile butadiene styrene). Ia adalah sejenis polimer termoplastik, jadi ia tahan lama. Harga pula adalah RMB49 sahaja iaitu sekitar RM30. Ia dijual di laman biayasama Xiaomi – Youpin. Sebelum ini, produk MIIW yang Xiaomi jual adalah pad tetikus dengan sokongan pengecasan nirwayar serta lampu RGB.


TIPS & ULASAN