Aplikasi Risikan Harga Ikan Memudahkan Anda Menyemak Dan Membandingkan Harga Ikan Di Pasar

Aplikasi Risikan Harga Ikan Memudahkan Anda Menyemak Dan Membandingkan Harga Ikan Di Pasar

Diterbitkan pada November 27, 2018 oleh .

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kini telah melancarkan sebuah aplikasi baru, dinamakan sebagai Risikan Harga Ikan. Melaluinya, ia ingin memudahkan pengguna untuk menyemak dan membandingkan harga jualan ikan di pasar sekitar mereka.

Risikan Harga Ikan

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak harga jualan terkini untuk sekitar 20 spesis ikan, di pasar borong atau pasar runcit. Seterusnya, menariknya anda turut boleh memilih membuat perbandingan dan melihat dimanakah harga jualan yang murah untuk ikan yang dipilih anda.

Dengan pengenalan aplikasi ini, ia sekaligus mengelakkan pengguna tertipu dan membayar harga lebih mahal untuk sesuatu spesis ikan, selain pada masa yang sama memudahkan anda membuat perbandingan berkaitan harga jualan di pasar-pasar berdekatan anda.

Muat-Turun Risikan Harga Ikan untuk Android

Muat-Turun Risikan Harga Ikan untuk iPhone


TIPS & ULASAN