Cari @ Amanz

Dari Cyanogen, bertukar kepada Lineage. Kini, Lineage telah menamatkan sokongan untuk 30 peranti Android. Ini bermakna, kesemua 30 peranti ini tidak lagi akan menerima sokongan kemaskini sistem operasi custom ROM dari Lineage. Bukan itu sahaja, dengan menamatkan sokongan ini – para pembangun turut tidak boleh meneruskan pembangunan custom ROM berasasakan Lineage OS. Ini kerana, Lineage turut menghentikan pembangunan sumber kod di GitHub dan terus memadamnya.

Berikut adalah 30 peranti yang dihentikan sokongan;

LineageOS 15.1 Oreo:

  1. Moto Z2 Play
  2. Xiaomi Redmi Note 5 Pro

LineageOS 14.1 Nougat:

  1. Xiaomi Redmi 1S
  2. Motorola Moto G4/G4 Plus
  3. Motorola Moto X Pure Edition/Style (2015)
  4. LG G3 (AT&T)
  5. LG G3 (T-Mobile)
  6. LG G3 (Canada)
  7. LG G3 (International)
  8. LG G3 (Korea)
  9. LG G3 (Sprint)
  10. Google Nexus 7 (LTE, 2013 version)
  11. Samsung Galaxy Tab S2 9.7 (LTE)
  12. Samsung Galaxy Tab S2 9.7 (Wi-Fi)
  13. Samsung Galaxy Note 3 (International 3G)
  14. Xiaomi Mi Max
  15. Samsung Galaxy S5 (International 3G)
  16. Xiaomi Redmi Note 3
  17. Samsung Galaxy Note 10.1 2014 (LTE)
  18. Huawei Ascend Mate 2 4G
  19. Samsung Galaxy Note 8.0 (GSM)
  20. Samsung Galaxy Note 8.0 (Wi-Fi)
  21. Samsung Galaxy Note 8.0 (LTE)
  22. OnePlus X
  23. HTC 10
  24. Sony Xperia L
  25. LG G Pad 7.0 WiFi
  26. LG G Pad 7.0 (LTE)
  27. LG G Pad 8.3
  28. LG G Pad X (T-Mobile)

Tidak begitu mengejutkan apabila Lineage menamatkan sokongan ini. Ini kerana, banyak peranti yang disenaraikan sudah pun berusia dan dikira lapuk. Cuma ia turut akan memberikan kesan kepada pengguna yang masih sayang akan peranti lama mereka dan masih menggunakannya. Antara peranti yang popular adalah Xiaomi Redmi Note 3 model kenzo. Ia merekodkan sebanyak lebih 22,000 ROM Lineage yang aktif di pasang. Kemudian, peranti ‘gagal’ OnePlus – OnePlus X turut tersenarai dengan lebih 5,000 ROM terpasang.

Jadi, pilihan pengguna dengan telefon-telefon pintar ini adalah memilih ROM lain untuk terus menggunakannya atau tunggu dan berdoa untuk mengharapkan agar ada pembangun yang boleh meneruskan pembangunan ROM-ROM berasaskan Lineage. Adakah peranti anda tersenarai? Jika ya, adakah anda menggunakan custom ROM Lineage OS ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd