Type Cover adalah aksesori khas untuk Microsoft Surface. Ia adalah kerangka jenis pelapik dengan papan kekunci dan pad sesentuh terbina. Cara penggunaan pula adalah melalui sambungan magnetik yang kuat. Type Cover boleh dikatakan adalah aksesori wajib untuk mana-mana produk Microsoft Surface.
Terkini, Microsoft dilihat telah mempatenkan sejenis Type Cover baharu yang lebih nipis. Rekaan baru ini juga memperlihatkan pad sesentuh yang terbina secara terus dalam papan litar papan kekunci pada Type Cover. Dengan rekaan sebegini, bukan sahaja Type Cover ini lebih nipis – tetapi perasaan klik pada pad sesentuh akan terasa lebih realistik.
Dengan paten ini, kelak produk-produk Microsoft Surface pasti akan lebih nipis dan dipadankan pula dengan Type Cover baharu – set Microsoft Surface akan kelihatan lebih elegan.