Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat pengeluar telah hadir dengan telefon edisi khas hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan. Terkini, OnePlus dilihat memilih McLaren sebagai rakan kerjasama mereka, dan bakal hadir dengan sebuah telefon pintar OnePlus 6T McLaren.

Melalui laman ringkas yang disediakan oleh OnePlus, mereka menggunakan warna tema jingga – sekaligus memperlihatkan ia mungkin hadir dengan pilihan warna jingga seperti kenderaan McLaren. Disamping itu, kita juga mungkin melihat beberapa penambahan seperti memori lebih tinggi dan sebagainya.

OnePlus menjadualkan 11 Disember untuk pengumuman kerjasama ini, dimana kita mungkin mendengar lanjut mengenainya ketika itu.

OnePlus 6T McLaren

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd