Cari @ Amanz

AWS Menghasilkan Cip Pemprosesan ARM – Graviton Untuk Amazon EC2 A1

Link Copied!

Minggu ini acara tahunan AWS re:Invent berlangsung dan menjadi tradisi mereka untuk mengumumkan inisiatif dan perkhidmatan terbaru gergasi perkhidmatan awan ini. Dan salah satu perkara yang sedikit mengejutkan adalah AWS sendiri telah mengumumkan cip pemprosesan berasaskan ARM iaitu Graviton.

Dibawah perkhidmatan Elastic Computing Cloud EC2, Instance A1 merupakan yang terkini dan menggunakan cip Graviton. Cip pemprosean ini berasaskan 64-bit ARM yang dicipta khusus untuk kegunaan perkhidmatan awan yang berlainan dari penggunaan komputer biasa. Perkara ini merujuk kepada perkhidmatan bersaiz mikro (containerized microservices) yang biasanya tidak memerlukan instruction set yang kompleks seperti x86.

Menggunakan Instance A1, pembangun dan pengguna AWS dapat menggunakan cip ARM secara awan. Perkhidmatan ini menjimatkan kos kerana tidak menggunakan cip pemprosesan normal, berbanding perkhidmatan/instance EC2 yang lain. Instance A1 ini juga menyokong penggunaan Linux 2, Read Hat, dan Ubuntu, dan juga perkhidmatan berasaskan container seperti Amazon Elastic Container Services dan juga ECS untuk Kubernetes, EKS.

Salah satu contoh penggunaan perkhidmatan A1 yang menggunakan cip Graviton ini adalah dari penyedia gambar SmugMug, dimana perkhidmatan ini membolehkan pengguna menyimpan dan berkongsi gambar dan juga video. Menggunakan instance A1 ini, mereka dapat menjimatkan penggunaan kos sehingga 40% berbanding biasa, sekaligus membolehkan ramai pembangun lain mengurangkan kos operasi.

Bacaan lanjut: Amazon EC2 A1

Komen ()