Cari @ Amanz

Nokia kembali ke pasaran telefon pintar dua tahun yang lalu menjanjikan peranti yang berkualiti tinggi dan sistem operasi yang akan dikemaskini dengan pantas. Sehingga hari ini mereka masih mengotakan janji mereka dengan kemas kini sistem operasi yang lebih pantas berbanding pengeluar lain yang lebih ternama.

Semalam giliran Nokia 7.1 pula menerima kemas kini ke Android Pie.Ini diumumkan sendiri oleh Juho Sarvikas menerusi kicauan di atas. Nokia 7.1 dilancarkan pada bulan Oktober dengan Android 8.1. Pemberian kemas kini sistem operasi yang pantas kini amat sinonim dengan Nokia dan kami hanya boleh berharap ia akan menjadi standard kepada semua peranti Android selepas sokongan Treble diwajibkan bermula dengan Pie.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd