Cari @ Amanz

Perkara menarik di media sosial ialah fenomena yang diberi nama “flexing”. Pengguna akan memuat naik gambar mereka makan di kedai mamak misalnya dengan kapsyen “makan mamak paling berbaloi” tetapi imej jelas memfokuskan kepada berang mewah yang dipakai. Ini mungkin sebuah iPhone XS Max, jam tangan mewah atau kunci kereta berjenama mewah. Pemegang akaun sebenarnya ingin menunjukkan kekayaan yang disorokkan dengan gambar yang kelihatan sederhana.

Kerap kali juga flexing memakan diri apabila jam tangan pintar yang ditunjuk sebenarnya versi palsu. Bagi memenuhi kehendak pengguna yang ingin menggunakan jam tangan mewah tetapi tidak cukup berwang untuk membelinya, perkhidmatan Acquired Time ditawarkan di Singapura.

Pelanggan Acquired Time boleh menyewa pelbagai jam tangan mewah dari jenama seperti Hublot, Panerai, Rolex, Cartier dan Chopard ditawarkan pada harga serendah SGD 6 (~RM 18) sehari dan mencecah SGD 375 (~RM1141) untuk sewaan jenama yang lebih berprestij. Mereka hanya perlu menyewa jam minimum selama sebulan. Usai tempoh sewaan mereka boleh menyewa model lain yang mungkin lebih terkini. Ini ialah jalan penyelesaian yang lebih mampu milik berbanding membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli seutas jam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd