Cari @ Amanz

Buli siber ialah fenomena yang telah wujud sejak internet dicipta tetapi kini semakin kronik kerana penggunaan media sosial yang semakin popular. Kerana komen ditinggalkan oleh akaun awanama dengan avatar palsu, wujud insan yang meninggalkan komen yang menjengkelkan tanpa memikirkan impak terhadap masyarakat. Terbaru komen berunsur perkauman mula ditinggalkan di ruangan komen berita mengenai rusuhan di Seafield.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan menapis komen yang boleh ditinggalkan. Ia telah lama wujud di laman kami sendiri dan akan akhirnya diaktifkan di laman Facebook. Ia ditemui oleh Jane Wong yang kerap kali menemui fungsi baharu Facebook sebelum ia diaktifkan kepada semua. Selain frasa dan perkataan tertentu, emoji juga boleh ditapis oleh pengguna menerusi senarai yang boleh dikustomasi. Dengan ini masalah komen berunsur makian, lucah, keganasan dan trolling boleh diselesaikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd