Masihkah kau ingat, pada waktu dulu. Di laman YouTube ini, terdapat fungsi anotasi? Kami yakin ramai sudah lupa atau mahu melupakan zaman gelap video YouTube yang menyokong fungsi ini. Ketika diperkenalkan ia membolehkan pautan diletakkan di dalam video yang ditonton. YouTube hari ini telah mengumumkan fungsi Video Annotation akan dibuang sepenuhnya bermula 2 Mei 2019.
Ia tidak lagi akan dipaparkan pada laman mereka bermula 1 Januari 2019. Ini bukanlah tindakan yang mengejutkan kerana fungsi anotasi tidak lagi boleh diakses pemillik akaun sejak Mei 2017. Pengguna digalakkan menggunakan sistem Cards yang bukan sahaja lebih kemas malahan disokong di dalam aplikasi peranti mudah alih.