Carian
Sony Xperia XZ4 Mungkin Hadir Dengan Tri-Kamera Belakang, Pengimbas Cap Jari Ditepi Peranti
November 28, 2018 Aman

Walaupun Sony boleh dikatakan agak kurang popular dalam arena telefon pintar, tetapi hal berkenaan tidak menghentikan pengeluar dari Jepun berkenaan untuk terus hadir dengan telefon-telefon baru. Terkini, ia dilaporkan yang mana Sony bakal hadir dengan Xperia XZ4 menjelang MWC 2019 yang dijadualkan pada Februari 2019 kelak.

Xperia XZ4

Melalui CAD yang tertiris, kini gambar pengolokkan peranti berkenaan hadir ke arena web, sekaligus memperlihatkan kemungkinan untuk rekaan telefon pintar berkenaan.

Xperia XZ4 dijangka hadir dengan skrin 6.5-inci, dan menariknya ia dilihat hadir dengan penggunaan tri-kamera dibelakang. Ini sekaligus menjadikannya sebagai antara peranti terawal Sony yang hadir dengan tri-kamera dibelakang.

Xperia XZ4

Selain daripada itu, Xperia XZ4 dijangka hadir dengan penggunaan pengimbas cap jari yang diintegrasikan pada butang kuasa – ditepi peranti.

Seperti biasa, info yang hadir ke arena web ini adalah melalui rekaan CAD yang tertiris – dan kemungkinan rekaan akhir peranti Xperia XZ4 ini mungkin berbeza.

Komen