Letusan permua pada tahun 2018 pastinya menggembirakan insan yang banyak menghabiskan masa bermain menggunakan telefon pintar. Samsung melancarkan Galaxy Note 9 dengan Fortnite menjadi platform eksklusif permua ini pada Android selama beberapa minggu. Mereka mungkin mempunyai perancangan untuk mendapatkan permua eksklusif di masa hadapan selepas dilaporkan bakal melabur di dalam syarikat yang membangunkan permua Pokemon GO.
Menurut laporan The Inquirer. Samsung bakal melabur $40 juta ke-dalam Niantic. Selain Pokemon Go. Mereka juga membangunkan permua Ingress dan Harry Potter : Wizards Unite. Terdapat spekulasi dengan pelaburan ini, Harry Potter : Wizards Unite mungkin hadir dengan fungsi S-Pen digunakan seperti tongkat sihir di dalam permua ini. Pengumuman dipercayai akan dilakukan seawal bulan hadapan dengan permua eksklusif untuk Galaxy S10 kelak.