Unifi : Kabel Putus Berhampiran Nod Kajang, Trafik Internet Untuk Sekitar 1000 Pelanggan Di Kajang Mungkin Terjejas

Unifi : Kabel Putus Berhampiran Nod Kajang, Trafik Internet Untuk Sekitar 1000 Pelanggan Di Kajang Mungkin Terjejas

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka mendapati terdapat kabel putus berhampiran nod Kajang, sekaligus mungkin memberikan kesan terhadap lebih kurang 1000 pelanggan Unifi di sekitar Kajang.

Telekom Malaysia mengatakan yang mana kejadian ini mungkin disebabkan oleh vandalisme, dan mereka sedang dalam proses membaiki kabel berkenaan.

Langkah TM untuk membuat pengumuman pantas ini boleh dikatakan suatu hal yang baik berbanding sebelum ini, dimana TM sering berdiam diri tanpa memberikan sebarang kemaskini kepada pengguna.


Dengan pengumuman awal ini juga, ia akan mengurangkan kadar aduan pengguna – sekaligus menjawab pelbagai pertanyaan pengguna mengenai mengapa kelajuan internet mereka perlahan.


TIPS & ULASAN