Cari @ Amanz

Februari lalu Boston Dynamics memperlihatkan kemampuan robot Spot Mini membuka pintu. “Anjing robotik” ini menggunakan kepala sebagai ganti tangan untuk membuka pintu. Kemampuan Spot Mini bertambah lagi selepas ia kini dilengkapi dengan sepasang tangan yang dihasilkan menerusi teknologi cetakan 3D.

Tangan Youbionic One ini dibangunkan menerusi kerjasama pertama Boston Dynamics dengan Youbonic Ia menggantikan kepala Spot Mini sebelum ini. Selepas pemasangan tangan, Spot Mini kini kelihatan seperti sebuah Centaur dari mitos Yunani. Pemilik Spot Mini boleh membeli aksesori tangan ini pada harga $179 sepasang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd