MyNEWS Melancarkan Aplikasi Rasmi – Mempromosikan Transaksi Nirtunai, Dan Sistem Ganjaran

MyNEWS Melancarkan Aplikasi Rasmi – Mempromosikan Transaksi Nirtunai, Dan Sistem Ganjaran

Diterbitkan pada November 28, 2018 oleh .

MyNEWS merupakan salah satu rangkaian kedai runcit yang terdapat di seluruh negara. Terkini, MyNEWS menyambut ulang-tahun ke-22 untuk rangkaian kedai mereka, dan pada masa yang sama melancarkan sebuah aplikasi rasmi untuk pengguna Android dan juga iPhone.

MyNEWS Mastercard

Melalui aplikasi ini, ia membolehkan para pengguna menyimpan ganjaran untuk pelbagai pembelian dengan mudah terus padanya – selain menebus pelbagai kupon dan sebagainya. Aplikasi sama juga turut menawarkan kemudahan untuk pengguna menyemak promosi semasa, dan apakah barangan yang ditawarkan dengan diskaun.

MyNEWS Android

Pada masa yang sama, MyNEWS turut mengumumkan kerjasama dengan Mastercard, membolehkan pengguna yang menggunakan Mastercard untuk pembelian lebih RM10 untuk menerima hadiah percuma seperti Coke, 100 PLUS atau minuman Oyoshi. Promosi ini terbuka untuk pembelian menggunakan kad debit atau kredit Mastercard sehingga 31 Mac 2019 kelak.

Muat-Turun MyNEWS untuk Android

Muat-Turun MyNEWS untuk iPhone


TIPS & ULASAN