Cari @ Amanz

Minecraft boleh dikatakan merupakan salah satu permainan yang popular dan dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Selain permainan, kini variasi permainan mereka turut hadir ke Netflix dalam bentuk penceritaan interaktif.

Dinamakan Minecraft : Story Mode, melaluinya para pengguna boleh memilih bentuk penceritaan yang mereka akan tonton. Hal ini dilakukan dengan pengguna membuat pilihan untuk beberapa perkara dalam cerita berkenaan – sekaligus mengubah bentuk penceritaan berkenaan.

Minecraft Story Mode

Minecraft Story Mode

Buat masa ini, tiga episod pertama telah pun diterbitkan di Netflix, dan boleh dimainkan semua pelanggan Netflix seluruh dunia.

Dengan pengenalan ciri ini, ia sekaligus mengubah Netflix kepada bentuk yang lebih interaktif berbanding kebiasaan yang mana anda hanya menontonnya semata-mata, dan tidak begitu berinteraksi dengan sesuatu kisah penceritaan.

Pengguna yang berminat boleh mengikuti Minecraft : Story Mode ini pada web, iOS, konsol dan TV pintar anda. Sokongan untuk Android masih belum diperkenalkan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd