Carian
Bose, Jaybird Dan Anker Akan Menyokong Sistem Tambatan Bluetooth Android Fast Pair
November 28, 2018 Effi Saharudin

Menerusi Android Fast Pair, menambat aksesori audio bluetooth menjadi lebih mudah dan pantas. Fast Pair mempunyai persamaan dengan sistem tambatan pantas iOS tetapi tidak memerlukan cip khusus Apple W1 untuk berfungsi. Android mengumumkan peralatan audio Bose, Jaybird dan Anker kini akan menyokong sistem Fast Pair dalam masa terdekat.

Sebelum ini hanya fon telinga Google Pixel Buds dan Libratone Q Adapt On-Ear sahaja menyokong Fast Pair. Fast Pair mengesan kewujudan aksesori bluetooth dan kemudian mencarinya di dalam pangkalan data peranti yang berdaftar. Imej aksesori akan terpapar pada skrin dan pengguna hanya perlu menekan ikon sekali untuk tambatan automatik.

Komen