Carian
Google Dikenakan Tindakan Kerana Menjejak Lokasi Peranti Walaupun Kebenaran Tidak Diberikan
November 28, 2018 Fahim Zahar

Google dilihat kerap dikenakan tindakan atas hal-hal berkaitan privasi. Semalam, Google disaman oleh Rusia berkaitan dengan laman web yang tidak disekat. Terkini, Eropah dan Amerika Syarikat dilihat mengenakan tindakan undang-undang kepada Google disebabkan menjejak lokasi peranti pengguna – walaupun kebenaran tidak diberikan.

Di dalam peranti Android, semua aplikasi pengguna boleh kawal kebenarannya seperti tidak memberikan akses lokasi, kamera, storan, dan pelbagai lagi kebenaran lain. Tetapi, dalam kes terbaru ini – walaupun pengguna sudah mematikan kebenaran akses lokasi peranti mereka, Google masih mencari peluang untuk mengakses lokasi pengguna-pengguna. Google menggunakan notifikasi ‘location history‘ dan ‘web and app activity‘ untuk pengguna memberi akses lokasi mereka.

Tetapi jika Google didapati melanggar Peraturan Perlindungan Data Am (GDPR), Google boleh dikenakan tindakan dengan membayar saman berjumlah 4% daripada hasil pendapatan global. Menurut wakil Google, walaupun pengguna sudah mematikan akses lokasi, tidak membenarkan atau lain-lain cara untuk menghalang akses Google – Google masih akan menjejak lokasi pengguna bagi memberi pengalaman penggunaan perkhidmatan Google yang baik.

Jika anda perasan, apabila anda berbual mengenai sesuatu produk atau bercuti ke sesuatu lokasi – di dalam laman carian Google, Google Discover atau Google Assistant, pasti akan ada satu iklan yang berkaitan dengan perkara yang anda bualkan.

Komen