Razer hari ini mengumumkan yang mana mereka kini menjadi rakan kerjasama rasmi untuk esukan bagi Sukan SEA 2019 yang bakal diadakan di Filipina pada tahun hadapan.
Dengan kerjasama ini, ia sekaligus mengesahkan yang mana esukan akan dipertandingkan sebagai acara sukan rasmi pada Sukan SEA 2019, dan menawarkan pingat untuk pemenang.
Buat masa ini, apakah permainan yang bakal dipertandingkan masih tidak diketahui sepenuhnya. Ia dijangka akan diumumkan dalam bulan-bulan akan datang yang meliputi permainan PC, permua dan juga konsol. Buat masa ini, permainan pertama yang telah diumumkan akan dipertandingkan adalah Mobile Legends : Bang Bang.