Cari @ Amanz

Lazada hari ini mengumumkan kerjasama dengan pihak Mah Sing, dimana hasil kerjasama ini akan menyaksikan jualan hartanah daripada Mah Sing melalui platform e-dagang Lazada.

Lazada Mah Sing

Mah Sing mengatakan untuk pengguna yang membeli melalui Lazada, anda akan menerima insentif 5% secara eksklusif. Melalui Lazada, Mah Sing menawarkan hartanah dari sejumlah lokasi, termasuk antaranya M Centura, Sentul; Sensa Residence, KL South; M Aruna Rawang; M Vista, Penang, dan juga Meridin East, Johor.

Pengguna yang berminat boleh menyemak penyenaraian yang ditawarkan oleh Mah Sing di Lazada bermula hari ini, dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli atau tidak. Sekiranya ingin membeli, maka pengguna boleh membuat pendaftaran dengan mendaftar melalui Lazada dan membayar sebanyak RM3,000 untuk pendaftaran (yang akan dipulangkan sekiranya gagal membeli). Mah Sing juga mengatakan mereka mengalakkan pengguna untuk menyemak kelayakkan bersama pihak bank sebelum membuat pembelian melalui Lazada.

Lazada Mah Sing

Lazada Mah Sing

Lazada Mah Sing

Lazada Mah Sing

Pembelian melalui Lazada ini boleh dilakukan bermula 10 Disember hingga 12 Disember 2018 ini. Selepas melakukan pembelian melalui Lazada, pihak Mah Sing akan menghubungi anda untuk melalui proses pembelian lanjutan.

Bagi anda yang ingin membeli hartanah dan rumah melalui Lazada daripada Mah Sing ini, anda boleh melawat laman rasmi Mah Sing di Lazada hari ini, dan membuat keputusan sama ada ingin membelinya atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd