Beberapa bulan lalu, kami melaporkan bahawa NVIDIA akan hadir dengan kad grafik GeForce GTX 1060 yang menggunakan memori GDDR5X, iaitu penambahbaikan kepada memori GDDR5 yang digunakan sebelum ini.
MSI dilihat telah mengumumkan kehadiran kad grafik GTX1060 mereka yang menggunakan model GPU ini, yang dinamakan MSI GeForce GTX1060 Armor OC. Dari segi spesifikasi, ia masih hadir dengan jumlah memori yang sama, bersama-sama dengan jumlah teras CUDA yang sama dengan kad grafik sebelum ini.
Walaupun kad grafik ini hadir dengan kebanyakan spesifikasi yang sama, MSI mengatakan bahawa kad grafik ini hadir dengan kebolehan untuk dilewahjam yang lebih tinggi daripada model sebelum ini.
Apa yang lebih menarik lagi ialah kad grafik ini dikatakan turut hadir dengan sokongan untuk SLI, sesuatu yang tidak hadir pada kad grafik GTX 1060 sebelum ini.
Buat masa ini pihak MSI masih belum mengumumkan bilakah kad grafik ini akan dijual, mahupun tanda harga jualannya.