Carian
Realme U1 Kini Rasmi – Dilengkapi Kamera Swafoto 25MP, Cip Helio P70
November 28, 2018 Aman

Realme hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri-U, sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama yang hadir dijana cip MediaTek Helio P70 yang terbaru.

Realme U1

Realme U1 dilihat memfokuskan kepada sokongan swafoto, selain pada masa yang sama ia ditujukan kepada pengguna muda. Telefon pintar ini turut hadir dengan penggunaan takuk bersaiz kecil, selain dwi-kamera pada bahagian belakang.

Dari segi spesifikasi, Realme U1 hadir dengan skrin 6.3-inci IPS LCD, dijana cip Helio P70, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB.

Untuk rakaman gambar, Realme U1 menggunakan kamera swafoto 25-megapixel dihadapan, selain dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 2MP. Melengkapkan telefon pintar ini adalah bateri 3500mAh, yang dicas menggunakan port berasaskan mikro-USB.

Realme U1 turut menggunakan ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Ia tidak diketahui bilakah kemaskini Android Pie untuknya akan hadir.

Buat masa ini, ia telah dilancarkan di India pada harga Rp 11,999 iaitu sekitar RM714.

Komen