Terdapat berbilion pengguna aktif di Instagram dan kerana ia sebuah platform visual, ramai OKU penglihatan tidak dapat menikmati aplikasi ini sehinggalah sekarang. Pihak Instagram telah mengumumkan fungsi baharu Alt Text yang akan membolehkan OKU penglihatan menggunakan platform mereka.
Apabila gambar dimuat naik ia kini menganalisa apa yang terdapat di dalamnya. Ruangan Alt Text akan memberikan pilihan perkataan automatik yang boleh menggambar imej yang ingin dimuat naik dan akan dibaca oleh aplikasi pembaca skrin yang digunakan oleh golongan OKU. Dengan ini golongan OKU penglihatan masih boleh mendapat gambaran walaupun tidak dapat melihatnya.