DJI Osmo Pocket Ialah Kamera Gimbal Padat Yang Boleh Disimpan Di Dalam Kocek

DJI Osmo Pocket Ialah Kamera Gimbal Padat Yang Boleh Disimpan Di Dalam Kocek

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Dengan gimbal video yang kelihatan lebih profesional boleh dihasilkan walaupun anda seorang amatur. Ia amat popular di kalangan peminat videografi khususnya penggalak media sosial. Tetapi gimbal yang ada di pasaran adalah besar dan sukar untuk dibawa. DJI Osmo Pocket ialah jawapan kepada masalah ini kerana ia mempunyai rekaan padat bagi membolehkannya disimpan mudah di dalam kocek seluar.

DJI Osmo Pocket hanya setinggi empat inci tetapi mengekalkan sistem penstabilan tiga aksi seperti DJI Osmo Mobile 2. Ia dilengkapi sensor  1/2.3” CMOS 12-Megapixel f/2.0 dengan kemampuan rakaman video 4K 60FPS. Pada bahagian pemegang terdapat pilihan sambungan USB-C dan Lightning untuk peranti Android serta iOS. Tiada storan dalaman tetapi gimbal ini menyokong kad mikro SD sehingga 256GB.

Bateri sebenar 875 mAh memberikan masa penggunaan sehingga 140 minit. Sungguhpun padat, ia masih hadir dengan fungsi menarik seperti Night Shot, FPS dan Tracking. Pra-tempahan telah dibuka dengan harga jualan $349 (~RM 1463) sebuah.


TIPS & ULASAN