SpeakEasy Adalah Kabel Lightning Ke Bicu Audio Dengan DAC Terbina – Harga Melebih RM400

SpeakEasy Adalah Kabel Lightning Ke Bicu Audio Dengan DAC Terbina – Harga Melebih RM400

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

iPhone 7 dan ke atas adalah generasi iPhone yang sudah tiada port bicu audio 3.5mm. Untuk mengatasi masalah ini, Apple sertakan penyesuai Lightning ke port bicu audio – tetapi untuk iPhone-iPhone baru, XR,XS, dan XS Max penyesuai ini harus dibeli secara berasingan. Alternatif lain adalah dengan menggunakan set fon kepala nirwayar atau Apple AirPods.

Terdapat juga set fon kepala dengan kabel sambungannya boleh ditanggalkan. Set fon kepala ini menggunakan kabel bicu audio ke bicu audio. Jadi untuk iPhone-iPhone yang tiada port bicu audio, pengguna boleh menggunakan kabel bicu audio ke lightning – bahgaian bicu auiod pergi ke set fon kepala dan lightning ke iPhone. SpeakEasy adalah kabel tersebut. Menarik dengan SpeakEasy adalah ia mempunyai DAC terbina, jadi pengalaman pendengaran muzik dengan iPhone kini akan lebih mengasyikkan.

Ya, walaupun penyesuai bicu audio ke lighting rasmi Apple mempunyai DAC terbina – tetapi ia tidak sehebat dengan kabel SpeakEasy ini. Kabel SpeakEasy mempunyai DAC 24-bit, amp 31mW, mikrofon terbina untuk Siri dan menyokong pelbagai set fon kepala premium seperti Beats, Hyper X atau juga Audio Technica.

Kabel SpeakEasy ini dijual oleh  V-Moda dan berharga $101 (~RM423). Kemudian, jika kabel ini rosak V-Moda turut menawarkan diskaun 50% untuk membeli satu lagi kabel.


TIPS & ULASAN