Digi Hadir Dengan Penawaran Digi WiFi – Akses Internet Tanpa Had Di Lebih 277 Lokasi

Digi Hadir Dengan Penawaran Digi WiFi – Akses Internet Tanpa Had Di Lebih 277 Lokasi

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Digi kini hadir dengan sebuah perkhidmatan baru mereka, dinamakan sebagai Digi WiFi. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna untuk berhubung ke rangkaian internet dengan melanggan pas Digi WiFi di lebih 277 lokasi seluruh negara.

Digi Wifi

Produk Digi WiFi ini adalah hasil kerjasama dengan pihak Telekom Malaysia, dan ia menjanjikan kelajuan 4Mbps kepada para pengguna. Daripada pakej yang ditawarkan, ia hadir dengan pilihan penggunaan mengikut masa, iaitu bermula 70 sen untuk 30 minit, RM1 untuk sejam, sehinggalah RM2 untuk 4 jam.

Pelanggan boleh melanggan sesuatu pas berkenaan, dan menggunakannya dalam tempoh 24 jam. Sebagai contoh, anda boleh melanggan pas 4 jam, menggunakan 2 jam dulu, kemudian menggunakan 2 jam baki pada kemudian masa – tetapi dalam tempoh 24 jam sejak langganan.

Pada sesuatu akaun langganan, pengguna boleh menyambungkan sehingga 4 peranti pada sesuatu masa.

Penawaran ini mungkin sesuai dan ditujukan kepada mereka yang sering melakukan tugasan di luar, dan memerlukan akses internet pantas tanpa had. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak lokasi liputannya melalui laman Digi hari ini.


TIPS & ULASAN