OnePlus 6T Edisi McLaren Dijangka Hadir Dengan Memori Sehingga 10GB RAM

OnePlus 6T Edisi McLaren Dijangka Hadir Dengan Memori Sehingga 10GB RAM

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .


Sejak sebulan dua kebelakangan ini, kita telah melihat sejumlah telefon pintar yang hadir dengan pilihan memori sehingga 10GB RAM. OnePlus kini nampaknya turut tidak ingin ketinggalan, dan dijangka menyertakan memori sehingga 10GB RAM pada telefon pintar OnePlus 6T edisi McLaren mereka.

Telefon pintar ini dijangka akan mengekalkan penawaran spesifikasi lain seumpama model biasa, tetapi dengan kerjasama bersama McLaren yang memfokuskan kelajuan, mereka dijangka menawarkan memori tinggi ini.

Selain daripada memori sehingga 10GB RAM, pihak OnePlus turut dijangka menyertakan storan bersaiz besar pada telefon pintar akan datang mereka ini.

Telefon pintar ini dijangka dilancarkan secara rasminya pada 11 Disember 2018 kelak – dimana kita mungkin mengetahui lanjut mengenainya.


TIPS & ULASAN