Carian
Peranti Pertama Huawei Dengan Skrin Berlubang Diperlihatkan
November 29, 2018 Effi Saharudin

Perlumbaan mengeluarkan peranti pertama dengan skrin berlubang sedang berlaku di antara Samsung dan Huawei. Samsung yang pertama mengumumkan skrin Infinity-O dengan lubang untuk kamera hadapan.  Huawei kemudian menyusul dengan imej acah peranti dengan skrin berlubang mereka sendiri.

Misteri rekaan peranti ini sedikit terjawab selepas ia diperlihatkan sendiri oleh Huawei di dalam sebuah video. Lubang terletak pada sisi atas sebelah kiri peranti. Ia lebih kecil berbanding penggunaan takuk pada skrin semasa. Rekaan kamera belakang masih lagi misteri. Terdapat ura-ura apabila dilancarkan kelak ia akan menggunakan nama Huawei Nova 4. Apa pendapat anda mengenai rekaan skrin berlubang ini. Adakah ia lebih baik berbanding takuk?

Komen