OnePlus Hadir Dengan Pelindung Skrin Kaca Yang Menyokong ‘Screen Unlock’ Untuk OnePlus 6T

OnePlus Hadir Dengan Pelindung Skrin Kaca Yang Menyokong ‘Screen Unlock’ Untuk OnePlus 6T

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

OnePlus 6T boleh dikatakan adalah versi kemaskini OnePlus 6 yabg baik-baik sahaja. Ia tidak begitu hebat kerana tiada port bicu audio dan tiada pengimbas cap jari fizikal (luaran). Ya, ‘Screen Unlock‘ adalah inovasi bagi OnePlus dengan mengimplementasikan pengimbas cap jari yang terbina dalam skrin. Tetapi ‘Screen Unlock’ ini adalah perlahan dan tidak efisyen, walaupun sudah banyak kemaskini hadir. Mungkin OnePlus tidak perlu mengejar ‘inovasi’ baru seperti pesaing lain dan fokus sahaja dengan peminat.

Screen Unlock‘ ini bukan sahaja perlahan, tetapi OnePlus turut mengatakan ia berkemungkinan besar tidak menyokong mana-mana pelindung skrin dan hanya yang sudah terpasang pada peranti itu sahaja yang menyokong. Tetapi yang sedia terpasang adalah plastik, serta ia tidak begitu selamat jika dibandingkan dengan pelindung skrin kaca. Disebabkan itu, OnePlus hadir dengan pelindung skrin kaca 3D mereka tersendiri.

Dari segi rekaan dan ketahanan, ia adalah sama dengan mana-mana pelindung skrin kaca 3D OnePlus sebelum ini. Cuma, OnePlus mengatakan – jenama mereka sahaja yang menyokongSreen Unlock‘ dengan lebih efisyen. Ia dijual pada harga $20.95, iaitu sekitar RM87.73 untuk sekeping. Di Malaysia, pelindung skrin kaca OnePlus 6 dijual secara rasmi pada harga RM119 sekeping.

Tidak pasti jika ini hanya satu agenda OnePlus untuk meyakinkan peminat/pengguna OnePlus 6T untuk mempercayai mereka, tetapi saya sudah cuba beberapa pelindung skrin kaca dari jenama lain dan ‘Screen Unlock’ berfungsi dengan baik dan tiada masalah. Harganya pula hanya sekitar bawah RM59. Sebagai seorang pengguna bijak, anda pasti bijak memilih – jika fungsinya sama, adakah berbaloi untuk memiliki sekeping pelindung skrin kaca yang mahal?


TIPS & ULASAN