YouTube adalah platform untuk menonton video atau juga para YouTubers mencari rezeki. Untuk penonton, platform YouTube adalah percuma dengan sokongan pengiklanan dan cara untuk tonton dengan bebas iklan secara sah adalah dengan melanggan YouTube Red. Tahukah anda, YouTube turut mempunyai perkhidmatan seakan Netflix melalui YouTube Originals.
YouTube Originals adalah platform menstrim drama-drama atau filem yang diterbit oleh YouTube sendiri yang sama dengan Netflix Originals. Tetapi, beberapa kandungan YouTube Originals adalah berbayar dan hanya boleh ditonton di beberapa negara terpilih. Menurut YouTube, kelak pada tahun 2020 – YouTube Originals akan bebas dari sebarang langganan atau pembayaran. YouTube Originals akan ‘percuma‘ untuk ditonton. Akan tetapi, percuma bukan sebarang percuma – pengguna perlu menonton beberapa iklan yang YouTube akan sertakan bersama.
Tidak pasti kenapa YouTube ingin tawarkan perkhidmatan ini secara percuma. Ini mungkin kerana takut akan saingan dengan Netflix atau mana-mana platform penstriman yang lain.