Cari @ Amanz

Google Translate Untuk Web Dikemaskini Dengan Rekaan Material Design Dan Responsif

Link Copied!

Google Translate adalah satu platform kegemaran saya untuk membuat apa jua penterjemahan. Ia menarik untuk digunakan kerana ia hadir dalam bentuk web dan juga aplikasi. Terkini, Google mengemaskini Google Translate untuk web dengan rekaan Material Design baharu dan juga rekaan yang lebih responsif.

Dengan pengenalan Android Pie, banyak aplikasi dan perkhidmatan Google secara perlahan dikemaskini dengan rekaan Material Design baharu. Kini giliran Google Translate. Selain daripada rekaan, Google turut menambah sokongan untuk menterjemah dokumen. Untuk rekaan responsif pula, jika anda perasan – ia adalah mudah untuk digunakan dengan skrin sesentuh.

Agak menarik untuk lihat Google Translate untuk web yang sudah bertahun mempunyai rekaan yang sama – akhirnya dikemaskini dengan rekaan yang lebih moden dan sedap mata memandang.

Jika anda perasan juga, sebelum ini – Google sudah pun kemaskini Google Translate untuk web. Tetapi, rekaan tersebut adalah bahagian pelayan dan hanya beberapa pengguna terpilih sahaja menerima kemaksini tersebut. Kini, rekaan baru ini dilihat hadir untuk lebih ramai pengguna.


Komen ()