Oppo Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Boleh-Lipat Pada Awal 2019 Kelak

Oppo Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Telefon Boleh-Lipat Pada Awal 2019 Kelak

Diterbitkan pada November 29, 2018 oleh .

Nampaknya, tahun 2019 akan memperlihatkan perlumbaan dan inovasi dalam rekaan telefon boleh-lipat. Selain Samsung dan Huawei, ia telah diperkatakan sebelum ini yang mana Xiaomi dan Oppo turut melihat ke arena peranti dengan rekaan boleh-lipat.

Terkini, laporan lanjut hadir mengatakan Oppo mungkin memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan skrin boleh-lipat mereka menjelang Mobile World Congress.

Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui lagi. Oppo sebelum ini sedia mempertontonkan sejumlah ciri-ciri pada acara MWC, tetapi mengambil masa bertahun sebelum ia diperkenalkan secara komersil.

Buat masa ini, Samsung telah memperlihatkan prototaip peranti bersaiz lebih 7-inci yang berfungsi seumpama tablet, dan boleh dilipat untuk diubah menjadi telefon pintar.

Sekiranya benar Oppo merancang memperkenalkannya pada Februari kelak, maka kita mungkin juga melihat pengeluar lain turut melakukan perkara lebih kurang sama pada acara berkenaan. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut dalam arena telefon pintar dengan skrin boleh-lipat ini.


TIPS & ULASAN