Cari @ Amanz

Ikon Aplikasi Microsoft Office 365 Dikemaskini Untuk Kelihatan Lebih Kontemporari

Link Copied!

Microsoft Office diumumkan oleh Bill Gates pada tahun 1988 untuk kegunaan pejabat moden. Kesemua perisian di dalam Office direka untuk memudahkan proses menghasilkan kertas kerja, graf serta carta dan juga asas perakaunan. Selepas tiga dekad ia kini turut hadir ke telefon pintar selari dengan evolusi tempat kerja yang kini tiada batasnya.

Bagi mencerminkan perubahan tempat kerja dan fungsi Office itu sendiri, ikon-ikon untuk perisian ini telah dikemaskini. Ia lebih minimalis dan moden jika dibandingkan dengan kemas kini terakhir yang dilakukan lima tahun yang lalu. Ikon direka untuk kelihatan sesuai digunakan pada komputer, tablet dan telefon pintar.

Perubahan paling ketara ialah nisbah saiz huruf kepada ikon itu sendiri. Dahulu saiz huruf W pada Words misalnya lebih besar berbanding elemen lain pada ikon. Kini ia diterbalikkan. Kemas kini ikon ini akan diberikan secara berperingkat bermula dengan platform web dan peranti mudah alih terlebih dahulu.


Komen ()