OnePlus 6T Adalah Peranti Pertama OnePlus Yang Tidak Mesra Pembangun

OnePlus 6T Adalah Peranti Pertama OnePlus Yang Tidak Mesra Pembangun

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

OnePlus digemari ramai kerana ia adalah satu peranti yang mesra dengan pembangunan. Bermaksud, banyak custom ROM, kemudahan root, mengubahsuai sistem peranti atau juga menyahkunci bootloader peranti. Semasa OnePlus One diperkenalkan, ia menjalankan sistem operasi CyanogenMod yang sangat mesra pengubahsuaian.

Terkini, OnePlus 6T dilihat adalah peranti OnePlus pertama yang tidak mesra pembangunan. Kenapa? Ini kerana, OnePlus tidak lagi sertakan peranti versi pembangunan untuk para pembangun. Jadi disebabkan itu, tiada custom ROM atau banyak pengubahsuaian yang pengguna boleh lakukan kerana para pembangun tidak dapat cuba hasil pembangunan mereka untuk dicuba oleh pengguna OnePlus 6T.

Sudah beberapa bulan OnePlus 6T diperkenalkan. Jika buka laman web XDA bahagian forum perbincangan OnePlus 6T, tiada banyak pilihan untuk pengguna. Adakah OnePlus menyangkakan Oxygen OS mereka pada OnePlus 6T sudah antara yang terbaik dan tiada pembangunan diperlukan? Perkara ini menjadi isu besar dan membuat para peminat OnePlus risau dan mula kecewa dengan OnePlus yang tidak lagi hiraukan peminat.

Isi ini tular sehingga sampai ke pihak OnePlus dan kenyataan rasmi turut dikeluarkan. Menurut OnePlus, mereka bukannya berhenti menyokong para pembangun luar buat selamanya. Tetapi, hanya berhenti buat seketika sahaja. Mereka ingin membuat perancangan baru dan akan memilih semula pembangun. Perkara ini memang tidak digemari ramai. Bayangkan, lapan peranti OnePlus sebelum OnePlus 6T mempunyai sokongan pembangunan yang pantas dan sehingga OnePlus 6T – pembangunan terpaksa dihentikan.


TIPS & ULASAN