Xiaomi Mi Mix 3 Forbidden City Edition Ditawarkan Dengan Memori Sebesar 10GB RAM

Xiaomi Mi Mix 3 Forbidden City Edition Ditawarkan Dengan Memori Sebesar 10GB RAM

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Peranti edisi khas biasanya dilancarkan untuk mereka yang mahukan kelainan. Ini membuatkan penggunaannya terasa lebih eksklusif dan istimewa. Xiaomi Mi Mix 3 yang dilancarkan Ogos yang lalu kini turut hadir dengan edisi terhad Forbidden City Edition.

Kelebihan edisi ini ialah ia mempunyai logo singa Kota Terlarang yang diperbuat daripada emas pada bahagian belakang. Turut disertakan ialah kerangka khas dengan rekaan singa dan juga patung singa yang disadur emas. Sebuah pengecas nirwayar 10W turut disertakan dengan setiap pembelian. Xiaomi Mi Mix 3 Forbidden City Edition ini akan dijual Disember ini hanya di China pada harga RMB 4999 (~RM 3014) sebuah.


TIPS & ULASAN