ASUS Bekerjasama Dengan QuantumCloud Untuk Memudahkan Anda Melombong Kriptowang Di Masa Lapang

ASUS Bekerjasama Dengan QuantumCloud Untuk Memudahkan Anda Melombong Kriptowang Di Masa Lapang

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Baru-baru ini kami ada melaporkan bahawa nilai Bitcoin telah menjunam ke sekitar $4000, dan menyaksikan kejatuhan nilai yang terbesar di dalam sejarah kriptowang tersebut.

Anehnya, ASUS baru-baru ini dilaporkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan syarikat perisian melombong kriptowang Quantumcloud untuk memudahkan para pengguna komputer dengan kad grafik ASUS untuk melombong kriptowang di masa lapang.

Buat masa ini, ASUS dan Quantumcloud masih tidak memberitahu kriptowang manakah yang boleh dilombong, tetapi berkata bahawa semua kriptowang yang dilombong boleh ditukar ke matawang fiat melalui PayPal ataupun WeChat.

Keputusan ASUS untuk mengumumkan kerjasama ini pada masa ini agak aneh kerana nilai kriptowang boleh dikatakan tidak stabil buat masa ini. Mungkin syarikat tersebut mengharapkan bahawa nilai matawang tersebut akan stabil buat masa terdekat,


TIPS & ULASAN