Teknologi 5G akan hangat diperkatakan tahun hadapan dengan beberapa pengeluar mengesahkan peranti pertama yang menyokong rangkaian selular generasi terkini akan mula dipasarkan pada tahun 2019. Selain kelajuan Internet yang jauh lebih pantas, 5G akan menjadi mangkin kepada penggunaan sistem peranti berhubung, realiti gabungan dan pemanduan automatik dengan lebih meluas.
Give the OPPO 5G engineers a wave ? We've just made the world's first #5G group video call. pic.twitter.com/5SzIvR3qf2
— OPPO (@oppo) November 30, 2018
Oppo hari ini telah mengumumkan kejayaan melakukan panggilan video 5G berkumpulan pertama di dunia. Panggilan melibatkan lapan individu yang bertugas di enam pusat kajian Oppo di seluruh dunia. Dari video yang dimuat naik ke media sosial, kualiti dan kelancaran video panggilan 5G ini adalah lebih baik berbanding teknologi sedia ada.
Sebelum ini Oppo juga menjadi yang pertama di dunia melakukan panggilan video 3D pertama dunia. Adakah dengan 5G kelak panggilan video akan akhirnya digunakan meluas seperti yang diperlihatkan di dalam filem fiksyen sains?