Skor di Amanz untuk ulasan OnePlus 6T adalah 8.8/10. Ia agak tinggi kerana memang tidak dinafikan peranti ini hebat. Ia baik dari segi prestasi, binaan premium dan juga kemampuan kameranya. Tetapi seperti biasa, di dunia ini tidak ada yang sempurna.
- Baca: Ulasan OnePlus 6T Di Sini
Masalah skrin dengan gelombang statik kelihatan pada OnePlus 6T yang menggunakan panel optik AMOLED ini. Ia dilaporkan oleh pengguna di forum rasmi OnePlus. Isu ini boleh dikatakan serius dan di forum tersebut, bukan sahaja seorang yang terima masalah ini tetapi beberapa pengguna lain juga. Arah gelombang ini bergerak dilihat adalah secara rawak dan warnanya dikatakan berubah atau gabungan warna merah jambu dan ungu.
Menurut laporan, isu ini terjadi kerap apabila skrin baru sahaja dinyahkunci dan kadangkala ia turut muncul apabila aplikasi lain dilancarkan. OnePlus 6T dilihat seakan Pixel 3/3XL, secara keseluruhan – pengalaman penggunaannya baik. Tetapi isu-isu seperti ini menjadikan penggunaan peranti ini menjengkelkan.