Microsoft Memenangi Kontrak RM 2 Bilion Membekalkan HoloLens Untuk Kegunaan Tentera A.S

Microsoft Memenangi Kontrak RM 2 Bilion Membekalkan HoloLens Untuk Kegunaan Tentera A.S

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Teknologi realiti terimbuh telah digunakan di dalam permua dan proses menjual kenderaan baharu. Banyak syarikat meramalkan dunia masa depan di mana realiti terimbuh akan digunakan dengan meluas bagi memudahkan kehidupan harian. Tetapi teknologi terkini kerap mempunyai penggunaan di dalam sektor pertahanan. Microsoft baru-baru ini telah dianugerahkan kontrak bagi membekalkan set realiti terimbuh HoloLens mereka kepada tentera Amerika Syarikat.

Micorosft akan membekalkan 100,000 set HoloLens menerusi kontrak bernilai $480 juta (~RM 2 bilion) ini. Ia kemudian digunakan untuk tujuan latihan serta di medan perang. Ini ialah sebahagian daripada projek HUD 3.0 tentera A.S bagi meningkatkan kadar membunuh dengan meningkatkan keupayaan untuk mengesan, membuat keputusan dan bertindak sebelum musuh.

Ini bukan kali pertama HoloLens digunakan untuk tujuan ketenteraan. Sebelum ini Limpid Armor dihasilkan oleh sebuah firma Ukraine menggunakannya sebagai komponen utama. Di Israel peranti realiti maya digunakan di dalam kereta kebal Merkava Mark 4 bagi tujuan menjejal musuh. DARPA pula melabur ke dalam teknologi Virtual Perspectives Augmenting Natural Experience (V-PANE) oleh Raytheon yang membolehkan krew memandu dengan pemandangan 360 darjah menembusi tubuh kereta perisai


TIPS & ULASAN