Perkhidmatan siaran TV digital yang telah mengalami gangguan sejak beberapa minggu lepas di Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Sabah dan Sarawak kini telah kembali beroperasi seperti biasa.
Sebelum ini, gangguan berlaku disebabkan masalah isu komersil antara Telekom Malaysia dan MYTV. Walaubagaimanapun, selepas sesi perbincangan diadakan diantara kedua-dua pihak dan juga SKMM, masalah berkenaan kini dilihat telah pun diatasi – dan perkhidmatan berkenaan telah pun beroperasi seperti biasa.
Kerajaan sedia menyasarkan untuk menamatkan siaran secara analog, dan beralih kepada siaran digital sepenuhnya – sekaligus membuka ruangan untuk gelombang berkaitan dibuka dan digunakan oleh syarikat telekomunikasi. Peralihan ini dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.
Dengan penyelesaian masalah antara kedua-dua pihak ini, kita mungkin melihat perkhidmatan TV digital ini beroperasi tanpa masalah selepas ini.
Kenyataan Media oleh YB Tuan @GobindSinghDeo, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung Perkhidmatan TV Digital Kembali ke Udara.#KKMM pic.twitter.com/d5C5HQw49i
— KKMM (@kkmm_gov) November 30, 2018