Cari @ Amanz

Ura-ura Samsung akan menghasilkan peranti tanpa bicu audio mula kami dengari sebelum pelancaran Galaxy S8 lagi. Bulan lalu kedengaran ura-ura yang mengatakan bicu audio akan akhirnya dibuang pada peranti yang dilancarkan pada tahun 2019. Ura-ura terkini ialah akhirnya ini akan berlaku apabila Samsung Galaxy A8s dilancarkan kelak.

Maklumat diberikan oleh @MMDDJ_ yang kerap kali meniriskan maklumat mengenai peranti Samsung. Menurut beliau lagi bicu audio dibuang bagi memastikan peranti mempunyai tubuh yang nipis. Ini mungkin percubaan Samsung untuk mengukur reaksi pengguna tentang penggunaan bicu audio pada peranti keluaran mereka di masa hadapan. Selain itu Galaxy A8s juga merupakan yang pertama keluaran mereka hadir dengan skrin berlubang untuk kamera hadapan.

Secara peribadi kami merasakan dunia sudah bersedia untuk aksesori audio nirwayar sepenuhnya kerana terdapat banyak pilihan fon telinga dan kepala nirwayar pada harga yang mampu milik di pasaran sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd