Galaxy Fold Mungkin Adalah Nama Peranti Skrin Boleh-Lipat Samsung

Galaxy Fold Mungkin Adalah Nama Peranti Skrin Boleh-Lipat Samsung

Diterbitkan pada November 30, 2018 oleh .

Beberapa minggu lalu, kita telah melihat info awal mengenai telefon boleh-lipat daripada Samsung tertiris ke arena web, diperkatakan mungkin dikenali dengan nama “Galaxy F, dan berharga mencapai RM7000. Info ini hadir tertiris ke arena web selepas pengumuman dilakukan Samsung berkaitan penawaran skrin-skrin baru daripada mereka, termasuk Infinity Flex, Infinity O,U,V dan juga the New Infinity.

Pasti ramai tertanya, apakah maksud F dalam Galaxy F sebelum ini. Tertiris baru-baru ini melalui tanda dagang yang Samsung daftarkan adalah Samsung Galaxy Fold. Ini sekaligus memperlihatkan kemungkinan yang mana telefon boleh-lipat daripada Samsung mungkin dikenali dengan nama Galaxy Fold.

Peranti ini dikatakan apabila dilipat, skrin bahagian luar adalah seperti skrin kunci untuk tujuan akses pantas notifikasi, jawab panggilan atau swafoto. Kemudian apabila dibuka, ia akan menjadi tablet untuk menikmati kandungan pada skrin lebih besar. Samsung dijangka menawarkan telefon pintar ini secara komersil pada tahun hadapan.


TIPS & ULASAN