Carian
Huawei Malaysia Membuka Ujian EMUI 9 Beta Untuk Pengguna Nova 3 Dan Nova 3i
November 30, 2018 Effi Saharudin

Sistem operasi Android Pie sudah mula digunakan pada peranti keluaran Huawei sejak Mate 20 Pro dilancarkan. Jumlah ini akan semakin bertambah dengan kemas kini yang bakal diberikan. Bagi pengguna Huawei Nova 3 dan Nova 3i di Malaysia, ujian terbuka untuk EMUI 9 Beta kini telah dibuka.

Anda hanya perlu pergi ke pautan di bawah untuk memuat turun pakej Beta. Kemudian log masuk menggunakan Huawei ID untuk berdaftar. Perisian Beta akan boleh dimuat turun pada 5 Disember hadapan. Jumlah slot ujian adalah terhad oleh itu akan diberikan kepada pemohon paling awal. EMUI 9 ialah pelancar yang berasaskan Android Pie yang membawakan pelbagai fungsi baru dan tampalan sekuriti terkini.

Komen