Cari @ Amanz

Boleh dikatakan Google agak aktif menamatkan perkhidmatan yang kurang popular, atau sekiranya terdapat perkhidmatan seumpamanya yang lain daripada mereka. Terkini, laporan baru hadir mengatakan Google mungkin menamatkan Google Hangouts menjelang 2020 kelak.

Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai pengguna. Hal ini kerana Google sebelum ini telah pun memfokuskan penawaran Hangouts kepada perusahaan, sementara untuk pengguna umum, Google menawarkan Android Messages berasaskan teknologi RCS.

Google Hangouts sedia hadir pada GMail, membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah bersama rakan-rakan yang lain. Terdapat sejumlah pengguna yang masih mengemarkannya dan menggunakannya hari ini. Ia dikatakan Google mungkin akan mengekalkan penjenamaan Hangouts untuk perusahaan melalui G Suite, dan sekadar menamatkan penawaran untuk pengguna awam sahaja.

Google masih belum mengumumkan hal ini secara rasminya lagi buat masa ini. Sekiranya benar, tidak mustahil kita mendengar mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd