Cari @ Amanz

Sony baru-baru ini telah hadir dengan sebuah konsol retro ringkas yang menyertakan sejumlah permainan nostalgia. Dinamakan sebagai PlayStation Classic, ia hadir bersama 20 permainan secara terbina, dan ditawarkan pada harga RM429.

Di Malaysia, ia akan mula dijual 3 Disember ini. Namun, seperti biasa, konsol berkenaan telah pun mula diuji oleh beberapa media antarabangsa, dan spesifikasi yang hadir bersama-sama dengannya kini dikongsikan di arena web.

Melalui “pembedahan” PlayStation Classic yang dilakukan, ia dilihat dijana menggunakan cip MediaTek MT8167A – yang mana turut hadir dengan sokongan GPU PowerVR GE8300. Selain itu, ia turut dilihat hadir dengan memori 1GB RAM, selain storan terbina 16GB eMMC 5.1.

Pada harganya, boleh dikatakan penggunaan cip berspesifikasi rendah adalah suatu yang dijangka. Selain daripada pada PlayStation Classic, cip sama juga turut digunakan pada beberapa peranti keluaran lama, termasuk Acer Iconia One 10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd