Cari @ Amanz

Windows 10 Kelak Akan Memberitahu Aplikasi Yang Menggunakan Mikrofon

Oleh Aman

Link Copied!

Microsoft kini telah memulakan ujian untuk Windows 10 Insider versi terbaru, dimana bersama-sama dengannya, mereka menguji sejumlah ciri baru. Salah satunya adalah kebolehan untuk memberitahu pengguna berkenaan dengan aplikasi yang mengakses mikrofon pada komputer anda.

Windows 10 Microfon

Melalui kemaskini akan datang ini, ia akan memperlihatkan ikon mikrofon pada Taskbar, dan pengguna boleh meletakkan tetikus diatas ikon berkenaan untuk melihat aplikasi yang mengaksesnya.

Selain daripada itu, pengguna turut boleh dwi-tap pada ikon berkenaan untuk mengakses Microphone Privacy Settings.

Pada masa yang sama, Windows 10 Insider juga turut menguji beberapa ciri-ciri lain, termasuk penambah-baikkan pada sokongan carian, dan penambah-baikkan pada menu Start.


Komen ()