Jepun Memulakan Penyiaran Saluran Televisyen Satelit Pada Resolusi 8K

Jepun Memulakan Penyiaran Saluran Televisyen Satelit Pada Resolusi 8K

Diterbitkan pada Dis 2, 2018 oleh .

Sementara masih ramai yang masih tidak mempunyai televisyen pada resolusi 4K, di Jepun, perkara sebaliknya berlaku. Syarikat penyiaran NHK di Jepun kini telah pun memulakan penyiaran kandungan televisyen kepada umum pada resolusi bukan sahaja 4K, tetapi juga 8K.

Untuk menerima siaran berkenaan, ia memerlukan sebuah kotak khusus yang dihubungkan ke kaca televisyen. Pengguna juga akan memerlukan panel berasaskan 8K yang mana boleh dikatakan masih belum dipasarkan meluas oleh pengeluar televisyen pada hari ini.

Dengan penyiaran ini, ia boleh dikatakan Sukan Olimpik 2020 turut akan ditawarkan pada resolusi berkenaan – selain kita mungkin akan melihat pelbagai pengeluar televisyen mula mempromosikan televisyen 8K mereka tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN